Sunday, May 22, 2011




Karangan Lawak....

Tajuk : Pengalaman Yang Boleh Saya Lupakan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam
gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.


Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.


Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati.


Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

No comments:

Post a Comment