Thursday, June 16, 2011

Jom pegi GIG at I-city !!



Stesen televisyen TV9 meneruskan kempennya untuk memikat penonton muda dengan menganjurkan karnival muzik rock dan indie terbesar iaitu GIG TV9 bersama DiGi pada 9 dan 10 Julai depan di i-City, Shah Alam.

Konsert yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan kumpulan rock bebas seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Hujan, Bunkface, Aizat, 6ixth Sense dan legenda rock Wings.

Pada 9 Julai, konsert yang dinamakan Saturday Afternoon Jam itu akan menampilkan kumpulan AwanBand, The Azenders, Pesawat. Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol bermula pukul 5 petang hingga 7 malam.

Sementara, pada hari kedua, GIG TV9 bersama DiGi akan membariskan kumpulan Hujan, Bunkface, Aizat, 6ixth Sense dan Wings.

Menariknya, konsert tersebut akan berlangsung secara serentak pada setiap sesi di dua buah pentas yang dibina bersebelahan.

Bagi memeriahkan lagi acara ini, DiGi akan menganjurkan peraduan Konsert GIG - VIP Treatment untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas.

Pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GIG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 di antara 13 hingga 30 Jun ini.

Dua peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Para pemenang bersama empat rakan mereka akan mendapat hadiah berupa lima pas VIP konsert, penginapan dua malam di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, lima helai kemeja-T edisi terhad dan lima helai poster GIG.

Konsert pada 10 Julai juga akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen TV9, radio Hot FM dan www.tonton.com.my.

Untuk memulakan kehangatan GIG TV9 bersama DiGi, dua persembahan GIG TV9 akan diadakan pada 18 Jun bersama Aizat di Klang Parade dan diikuti kumpulan Hujan pada 25 Jun di Plaza Alam Sentral bermula pukul 3 hingga 5 petang.

No comments:

Post a Comment