Sekadar Tulisan,
Saturday, December 17, 2011
Jangan !! Jangan !! Jangan !!
Sekadar Tulisan,
Monday, December 12, 2011
Perempuan versus Lelaki
Sunday, November 27, 2011
Friday, November 25, 2011
Bahana Along !!
Saturday, November 12, 2011
Kisah Najwa Latif !!
Thursday, September 8, 2011
Meninggal Dunia Dalam Kesedihan ='(
Rini aku da cita baru nk kongsi ngn korg smua...aku da pegi ziarah arwah pakcik aku yg baru meninggal semalam...tp xdpt jumpa pon...nih nk cita..sabar2...
Friday, September 2, 2011
Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan...
Tuesday, July 26, 2011
Doa untuk kekasih hati
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.
Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.
Saya datang bersujud dihadapan-Mu,Sucikan hati saya yaa Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup saya.
Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya,janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya dan usirlah dia dari relung hati saya.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk saya, Ya Allah, tolong satukan hati kami.
Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan saya kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana saya telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia.Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa saya ini.
Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.Allah Yang Maha Kekal, saya tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat saya.
Luka dan keraguan yang saya alami pasti ada hikmahnya.Pergumulan ini mengajar saya untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing saya menuju terang-Mu.
Ajarlah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
aku lupa, ini tulisanku atau diambil dari tempat lain. jika ada yang tahu asal dari tulisan ini, silahkan beritahu...=)
Monday, June 27, 2011
Info Penting !!
Apakah Sindrom Williams?
Kanak-kanak ini kelihatan normal, sangat peramah, ceria dan senyuman serta gelak tawa sentiasa terukir di wajah. Sikap ramah kanak-kanak ini kadang kala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.
Namun di sebalik senyuman yang diukir, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung, saluran usus yang sempit, malah ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut sekiranya tidak dikesan pada peringkat awal. Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams (SW) yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.
Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J.Williams, iaitu doktor pertama mengenalpasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965. Melalui jurnalnya, Dr Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.
SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa sebaliknya berlaku dengan sendirinya apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit, rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang. Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung selain masalah SW.
"Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen, apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.
"Sukar untuk mengesan SW pada peringkat awal kerana tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lebih tepat seperti mana yang mudah kita kenali pada kanak-kanak Sindrom Down.
Cara Mengatasi
"Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak SW agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Ini menyebabkan perkembangan dan pembelajaran mereka menghadapi sedikit masalah. Oleh itu ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu rujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi.
"Dengan rawatan awal juga anak-anak ini boleh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya yang normal," katanya. Bagaimanapun di sebalik kekurangan itu, kebanyakan pesakit SW mempunyai keunikannya tersendiri di mana mereka adalah seorang yang sangat peramah serta mudah ketawa. Dikenali dengan wajah ceria "happy face', kajian menunjukkan pesakit SW mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal.
"Walaupun peramah, pertuturan mereka sukar difahami, namun memori pendengaran mereka sangat tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik, malah ada dalam kalangan mereka yang berkebolehan menjadi pemuzik yang baik," katanya.
Friday, June 24, 2011
Apa itu Ketum ??
Pokok Ketum dikenali sebagai Pokok Biak ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Kesan penagihan daun Ketum
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah:
§ susut berat badan
§ insomnia
§ anoreksia
§ bibir menjadi kering
§ sembelit atau kesukaran membuang air besar
§ kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya.
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
§ Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
§ sengal-sengal sendi
§ mudah marah
§ lemah untuk bekerja
Saturday, June 18, 2011
Fiesta Lagi Shake Lagi Riang bersama Lipton....
Thursday, June 16, 2011
Jom pegi GIG at I-city !!
Stesen televisyen TV9 meneruskan kempennya untuk memikat penonton muda dengan menganjurkan karnival muzik rock dan indie terbesar iaitu GIG TV9 bersama DiGi pada 9 dan 10 Julai depan di i-City, Shah Alam.
Konsert yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan kumpulan rock bebas seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Hujan, Bunkface, Aizat, 6ixth Sense dan legenda rock Wings.
Pada 9 Julai, konsert yang dinamakan Saturday Afternoon Jam itu akan menampilkan kumpulan AwanBand, The Azenders, Pesawat. Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol bermula pukul 5 petang hingga 7 malam.
Sementara, pada hari kedua, GIG TV9 bersama DiGi akan membariskan kumpulan Hujan, Bunkface, Aizat, 6ixth Sense dan Wings.
Menariknya, konsert tersebut akan berlangsung secara serentak pada setiap sesi di dua buah pentas yang dibina bersebelahan.
Bagi memeriahkan lagi acara ini, DiGi akan menganjurkan peraduan Konsert GIG - VIP Treatment untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas.
Pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GIG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 di antara 13 hingga 30 Jun ini.
Dua peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh tersebut akan dipilih sebagai pemenang.
Para pemenang bersama empat rakan mereka akan mendapat hadiah berupa lima pas VIP konsert, penginapan dua malam di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, lima helai kemeja-T edisi terhad dan lima helai poster GIG.
Konsert pada 10 Julai juga akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen TV9, radio Hot FM dan www.tonton.com.my.
Untuk memulakan kehangatan GIG TV9 bersama DiGi, dua persembahan GIG TV9 akan diadakan pada 18 Jun bersama Aizat di Klang Parade dan diikuti kumpulan Hujan pada 25 Jun di Plaza Alam Sentral bermula pukul 3 hingga 5 petang.
Monday, June 13, 2011
COLOR BLOCKING TREND !!
- Don’t be shy to experiment. Any color combination is fantastic if you can pull it off properly. Blue, green and orange sounds mad but will look oh-so-pretty.
- Do not combine more than three to four colors. It’s not that it doesn’t look nice, but it looks very ‘ramp’ish. Moreover more colors will keep cutting your body shape here and there making it a not so beautiful sight.
- Choose what you want to color block and keep the rest of your look simple. For example, if you opt for a colorblocked bag, go easy on the clothes and shoes. You don’t want to look like a Rubik cube, do you??
- Never ever ever combine two color blocked items. This is the worst thing to do to this trend. No actually you can, its just that you will end up looking like the latest catalogue of Asian paints.
Sunday, June 12, 2011
JUVANA !!
Thursday, June 2, 2011
MyMetro...Wajib Bace !!
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan. “Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.
Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku. “Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.
“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa. Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Angkara__8216_binatang__8217_/Article/index_html
Hotfm Owh Hotfm....heheee...
copy ayat nie
pstt : bukan komen paling banyak yang di cari TAPI komen yang paling banyak like!!
*komen tambahan selain drpd
Good luck bebeh... LIKE jangan tak LIKE!!
Friday, May 27, 2011
I Love UITM Campus Puncak Alam
Thursday, May 26, 2011
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)
Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)
Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)
Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,
Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
Monday, May 23, 2011
Sunday, May 22, 2011
Karangan Lawak....
Tajuk : Pengalaman Yang Boleh Saya Lupakan
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam
gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Tuesday, May 17, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.